Monday, December 20, 2010

Satria Sucimuci






Memandangkan blog ini telah wujud maka saya bercadang untuk menggunkan medium blog ini sebagai menunjukkan hasil kerja Sucimuci Motorsport serta aktiviti-aktiviti dunia permotoran yang disertai oleh Sucimuci Motorsport.

Pada post kali ini saya ingin menampilkan sebuah Proton Satria 1.8 SOHC yang telah dibeli oleh kami dengan harga RM2000.00. Bukan 'kereta panas' atau seumpanya. Dokumen jual beli pon ada sekali bagi mengelakkan daripada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Pada hari Rabu malam kami melihat sebuah Proton Satria di Taman Melawati. Hampir setengah jam belek-belek kereta tersebut dan keputusan telah dibuat. Pergi ATM keluar kan duit dan terus call tow truck untuk tow keta tersebut ke bengkel di Sentul.

Keesokannya kerja-kerja membaraikan kereta & restorasi kereta tersebut bermula. Seharian kerja-kerja tersebut berjalan hingga 10.30 malam. Hampir 90% kerja-kerja membaraikan keta tersebut telah berjaya.

Pada hari sabtu bersamaan 18 Disember 2010 bahagian 'engine bay' telah ditembak kaler 'dark grey'. Warna ni dipilih sebab bagi mengurangkan nampak kesan-kesan pembuangan simen pada body kereta. Kereta ini pernah eksiden so bagi mengurangkan berat keta, mana-mana simen yang tebal sangat dikikis.

p/s : untuk melihat barang jualan automotif sila layari http://www.sucimucimotorsport.com/

No comments:

Post a Comment